Bunuh pemandu lori: 7 lelaki, seorang wanita ditahan dekat R&R Tapah

Dari Penulis

POLIS menahan tujuh lelaki dan seorang wanita di sebuah stesen minyak dekat Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Lebuhraya PLUS, arah Selatan, pukul 7 malam semalam.

Kesemua mereka yang ditahan itu dipercayai ada kaitan dengan kes bunuh seorang pemandu lori pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 32 tahun itu dipercayai melarikan diri ke Perak.

“Siasatan awal pembunuhan dipercayai berpunca daripada cemburu dan dendam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UtusanTV sebelum ini melaporkan mangsa telah dipukul oleh lima individu di dalam rumah sewa sebelum dibawa keluar ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Malah, mangsa juga mengalami bengkak dan lebam pada kedua-dua belah mata, luka di hidung dan pendarahan pada telinga dalam kejadian tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This