KEWUJUDAN stesen minyak tanpa subsidi di sempadan negara bukan sahaja mampu mencipta peluang perniagaan kepada rakyat malah memberi keuntungan kepada negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ini kerana harga petrol RON 95 dan diesel masih rendah walaupun sudah diapungkan, berbanding negara jiran, sekali gus dapat memberi keuntungan kepada pengusaha stesen minyak tempatan.
“Kita juga sedang membuat perbincangan untuk mewujudkan stesen minyak di sempadan negeri Kelantan seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas kerana harga petrol kita ketika ini adalah RM3.30 berbanding Thailand RM5.30 setelah diapungkan iaitu perbezaaan RM2.
Baca artikel lain: SPRM digesa bertindak telus dalam banteras rasuah politik – Pas
“Oleh itu, bagi saya tidak rugi jika kenderaan daripada Thailand masuk ke Malaysia dan membeli petrol tanpa subsidi di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Tumboh, hari ini.
Sebelum ini, Salahuddin dilaporkan berkata dua lagi stesen minyak petrol dan diesel tanpa subsidi bagi membolehkan kenderaan pendaftaran asing mendapatkan bekalan bahan api itu, disasarkan untuk dibuka di sempadan negara dalam tempoh enam bulan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

