Pelan kerajaan hadapi kegawatan ekonomi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Dari Penulis

PELAN kerajaan menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini merupakan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bertanyakan Menteri Kewangan sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif seperti subsidi upah, geran khas kepada perusahaan kecil dan sederhana, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan lain seperti yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, pada sesi soal jawab.

Riduan Rubin (Bebas-Tenom) pula mahu Menteri Kewangan menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi tahun ini.

Baca artikel lain: Kelantan raih kemenangan sulung, Brendan selamatkan Selangor

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanyakan Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari RM2.50 kepada RM4.50 pada waktu ini.

Sementara itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi ketika ini.

Selesai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kelima.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This