Shahrizat atau Noraini, biarlah Wanita UMNO sendiri tentukan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KHAMIS lalu, nama-nama calon yang bertanding bagi kesemua jawatan dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026 telah pun disahkan.

Selain jawatan Naib Presiden yang memperlihatkan pertembungan lapan penjuru, kerusi Ketua Wanita UMNO turut mencuri perhatian.

Persaingan satu lawan satu antara dua tokoh wanita iaitu penyandang, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan bekas teraju utama sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Kenapa persaingan ini menarik?

Ini kerana Shahrizat yang sudah lima tahun berehat daripada arena politik kembali atas ‘jemputan’ ahli Wanita UMNO sendiri yang mahukan perubahan.

Karisma yang dimiliki bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini sudah tentu tidak perlu dipersoalkan lagi.

Namun, ada ‘cakap-cakap nakal’ menyifatkan Shahrizat sebagai ‘orang luar’ hanya kerana tidak berada di dalam ‘kelompok’ UMNO pasca kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dakwaan itu ternyata tidak benar, malah jauh menyimpang sama sekali.

Baca artikel berkaitan: UMNO akan dedah surat RoS terima usul tiada pertandingan Presiden, Timbalan – Zahid

Jika mengambil kira telahan sedemikian, mengapa bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mahu kembali pada saat UMNO ketika ini berada dalam fasa lebih buruk berbanding PRU-14 lalu.

Sudah tentu hasrat beliau tidak lain tidak bukan hanya mahu memastikan Wanita UMNO kembali ‘bernyawa’ setelah dilihat tunduk lesu sebelum ini.

Ada juga yang mengatakan Shahrizat bukan ‘orang’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Umum mengetahui Shahrizat bersahabat baik dengan Ahmad Zahid, malah telah pun menyatakan kesetiaan kepada Presiden UMNO itu.

Ahmad Zahid juga mengakui sama ada Shahrizat mahu pun Noraini, kedua-duanya diberi peluang yang sama.

Malah, beliau turut memaklumkan secara terbuka pergi ke rumah Shahrizat, jadi tidak timbul bekas Ketua Wanita UMNO itu berada di ‘kem’ lain seperti dakwaan sesetengah pihak.

Dakwaan sedemikian sudah tentu tidak langsung menguntungkan UMNO kerana parti itu terutama Wanita perlu segera bangkit lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Dalam kedudukan sekarang biarlah ahli Wanita itu sendiri menentukan antara Shahrizat atau mengekalkan Noraini, berdasarkan ketokohan dan kriteria lain.

Bukan dengan menyebarkan ‘bisikan jahat’ kononnya Shahrizat bukan ‘pro’ Ahmad Zahid dan sebagainya.

Bukan juga atas permintaan pemimpin-pemimpin lain terutama golongan lelaki kerana Wanita UMNO wajib terjaga daripada lena demi mengangkat suara wanita.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This