Polis tahan 8 individu termasuk Datuk, rampas 300kg syabu bernilai lebih RM10 juta

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS berjaya menahan tujuh lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk dan merampas syabu seberat 300 kilogram (kg) dalam lima serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, turut ditahan seorang wanita serta 2kg pil ekstasi.

Katanya, dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM10.8 juta yang boleh digunakan 600,000 orang penagih.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman (tengah) bersama pegawainya menunjukkan salah sebuah kenderaan yang dirampas selepas menahan 8 individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ serta berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi Op Greyhound ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk sitaan bernilai RM11.2 juta,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur mengenai kejayaan Op Greyhound pada 3 Mac lalu.

Tambahnya kesemua mereka yang ditahan merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 sehingga 61 tahun.

“Polis turut menyita tujuh buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk mengedar dadah selain barang kemas bernilai RM17,566 dan wang tunai berjumlah RM8,400,” ujarnya.

Sebahagian daripada dadah jenis syabu bernilai RM10.8 juta yang dirampas selepas polis menahan 8 individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ serta berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi Op Greyhound ketika Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, hasil siasatan sindiket tersebut mendapatkan bekalan dadah dari utara Semenanjung Malaysia untuk pasaran Lembah Klang dan negara jiran.

“Bekalan dadah itu dibawa menggunakan kenderaan yang telah diubah suai bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Jelas beliau lagi, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Mac ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This