Pertikaian berlaku antara pengawal keselamatan dan pelawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan semalam, disebabkan salah faham mengenai etika pemakaian, kata Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata kejadian yang berlaku ketika waktu melawat itu berkemungkinan akibat salah faham mengenai definisi berpakaian untuk masuk ke hospital oleh pengawal keselamatan tersebut.
“Selama ini tidak ada masalah timbul bagi pelawat yang berpakaian sedemikian untuk masuk pada waktu melawat, kecuali pelawat berpakaian mencolok mata tidak dibenarkan masuk untuk melawat.
“Pihak HTAA telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberi kefahaman kepada pengawal keselamatan dan mereka diminta untuk tidak membuat sebarang penguatkuasaan tanpa mendapat arahan rasmi daripada hospital,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Baca : Wanita tak dibenar masuk balai kerana pakai seluar paras paha, kata polis
Dr Nor Azimi berkata selepas kejadian itu, tiada lagi berlaku masalah dari aspek etika berpakaian.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa video tular di media sosial yang memaparkan pelawat tidak dibenarkan masuk ke hospital berkenaan kerana memakai seluar pendek bawah paras lutut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

