SEORANG wanita tidak dibenar masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana tidak mengikut etika pemakaian di premis kerajaan, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, seorang wanita berbangsa Cina berusia 30-an yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) memaklumkan ingin membuat laporan polis berhubung kemalangan kereta.
Beliau berkata, anggota sentri yang bertugas telah memaklumkan supaya wanita tersebut meletakkan kereta di belakang IPD kerana tempat letak kereta tidak mencukupi di dalam kawasan IPD.
“Anggota sentri mendapati wanita terbabit memakai seluar pendek paras paha dan menasihati untuk menukar kepada seluar yang lebih sesuai selaras dengan etika pemakaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Wanita cedera selepas jatuh gaung sedalam 30 meter
Jelasnya, wanita terbabit tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan telah melakukan provokasi kepada anggota bertugas.
Malah, anggota bertugas sekali lagi menasihati wanita terbabit secara berhemah.
“Wanita tersebut kemudian memandu keluar dari balai dan datang kembali bersama dua rakan kira-kira 20 minit kemudian dengan memakai seluar panjang.
“Perkara ini bagaimanapun telah ditularkan dengan dakwaan wanita tersebut dilarang masuk ke dalam balai polis meskipun telah memakai seluar yang sesuai,” ujarnya.
Zaid berkata, IPD Kajang berurusan dengan kira-kira 300 orang awam dalam sehari dan tiada masalah yang timbul mengenai isu pakaian.
Malah, gambar etika pemakaian pelawat ketika berurusan juga dilekatkan pada pos kawalan sebagai rujukan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

