Penyiasatan, pendakwaan ‘terpilih’ tidak timbul jika benar-benar bersih – MCW

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYIASATAN dan pendakwaan ‘terpilih’ tidak akan timbul jika seseorang itu benar-benar bersih dan tidak terbabit dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa.

Sehubungan itu, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar diberi kebebasan untuk menyiasat mana-mana pemimpin politik.

Menurut beliau, jenayah rasuah dan perbuatan salah guna kuasa sering berlaku dalam kalangan ahli politik dan tidak mengenal parti.

Jais memaklumkan, sesiapa sahaja yang disiasat dan dituduh pasti ada sebab serta alasan kukuh kerana SPRM telah menjalankan siasatan secara menyeluruh, terperinci dan profesional.

Beliau berkata, pujian harus diberikan kepada SPRM kerana menjalankan amanah dan tugas dengan berani tanpa ‘memilih bulu’ sama ada individu tersebut mempunyai pangkat atau kedudukan tinggi dalam parti tertentu atau pun masyarakat.

Baca artikel berkaitan: Azam Baki sahkan Muhyiddin akan didakwa esok

“Siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin parti politik perlu diberikan perhatian serius dan dijadikan sebagai pengajaran kepada pemimpin politik yang lain.

“Hakikatnya, budaya politik Malaysia sudah terlalu tercemar dengan pelbagai masalah moral, integriti, rasuah, salah guna kuasa dan nepotisme,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Jais menegaskan, penggiat politik dan rakyat harus bersedia untuk melakukan pemutihan budaya politik ke arah politik sihat yang bermoral, berintegriti tinggi dan bertanggungjawab terhadap amanah tugasan.

“Mahkamah membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dengan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh SPRM.

“Perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This