Azam Baki sahkan Muhyiddin akan didakwa esok

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Ahli Parlimen Pagoh yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang sedang diambil keterangan oleh SPRM Putrajaya tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Muhyiddin dilihat tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 11.18 pagi, bagi memberi keterangan berkaitan kes salah guna dana Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Muhyiddin sebelum ini menyatakan dirinya tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan Jana Wibawa.

Baca artikel lain: ‘Kepimpinan PN yakin Muhyiddin tidak bersalah’ – Mohamed Azmin

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini, beliau menyatakan keyakinan tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas Muhyiddin masuk ke bangunan Ibu Pejabat SPRM.

Sejak pertengahan bulan lepas, beberapa pemimpin Bersatu telah dihadapkan ke mahkamah.

Pada 21 Februari, Ketua Penerangan Bersatu ketika itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dikenakan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta pada 2022.

Beberapa pertuduhan juga dikenakan terhadap Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

Turut didakwa adalah Teo Wee Cheng yang menjalankan perniagaan di kawasan Pagoh – kebetulan adalah kubu bekas Perdana Menteri itu.

Pertuduhan-pertuduhan itu adalah berkaitan skim Jana Wibawa – inisiatif untuk mempercepat penyampaian projek bagi merangsang pemulihan ekonomi selepas COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This