Cagaran KWSP menyusahkan rakyat, hanya menguntungkan bank – Azmin Ali

Dari Penulis

CADANGAN menggunakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan bukan dasar ekonomi yang baik.

Bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan, inisiatif yang diilhamkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu seperti ‘mengorek satu lubang untuk menutup lubang yang lain’.

Jelas beliau, hal itu kerana langkah tersebut lebih menguntungkan pemilik bank yang akan mengenakan kadar faedah ke atas pinjaman yang dilakukan pencarum KWSP.

“Rakyat susah nak bayar pinjaman rumah tak dapat. Nak bayar pinjaman kereta tak dapat. Nak minta keluarkan wang sendiri. Tak boleh, pergi pinjam bank.

“Ini Menteri Kewangan apa? Apakah dia benar-benar memahami denyut nadi rakyat yang susah atau beliau membela pemilik bank yang pastinya akan mengenakan kadar faedah di atas pinjaman tersebut,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman, anjuran Perikatan Nasional (PN) di Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Noor, Kuala Lumpur malam tadi.

Baca lagi: Guna KWSP sebagai cagaran pinjaman bank tidak langgar akta – Anwar

Terdahulu, Anwar pada 9 Mac lalu mengumumkan yang kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut membidas atas kegagalan kerajaan menyelesaikan isu bekalan telur ayam untuk rakyat.

Beliau berkata, harga bekalan telur kategori D yang diimport dari India adalah mahal dan dilakukan secara rundingan terus.

Tambah Mohamed Azmin, pengecualian saringan keselamatan telur yang diimport itu juga tidak sepatutnnya berlaku dan membahayakan pengguna.

“Telur kategori D… tuan-tuan harganya lebih mahal… saya dapat maklumat daripada kementerian… difahamkan mendapat bekalan kontrak telur ini pada harga 32 sen tapi kategori D.

“Kita tanya apakah ada saringan keselamatan di Jabatan Veterinar… kita tahu setiap produk makanan yang nak masuk dalam negara mesti ada lima saringan… tetapi saringan-saringan ini difahamkan dikecualikan… siapa yang nak semak tentang keselamatan telur daripada India.

“Siapa nak semak kualiti telur daripada India. Dan sekarang sudah ada perbincangan untuk tambahan dua puluh sen lagi. Maknanya telur kategori D harganya 52 sen di dalam pasaran. Ini cerita apa? Baru satu isu telur sudah gagal untuk mereka (kerajaan PH-BN) selesaikan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This