Ketua Pemuda yang baharu ajak ubah persepsi rakyat terhadap UMNO

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DR Muhamad Akmal Saleh yang baru saja memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyeru parti itu untuk bekerja dengan lebih kuat bagi menambat hati rakyat.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, langkah itu amat penting bagi mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO.

Beliau turut menggesa semua Pemuda UMNO untuk kembali menjadi juara kepada suara rakyat.

“Terima kasih kepada semua pemuda UMNO malaysia dari perlis hinggalah ke sabah yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk kita sama2 menerajui pemuda UMNO ini.

“Ini masa untuk kita bekerja dengan lebih kuat untuk mengembalikan kepercayaan dan mengubah persepsi rakyat kepada parti kita ini 

“Pemuda UMNO mesti menjadi juara kepada suara rakyat!!!,” katanya dalam hantara di media sosial hari ini.

Baca lagi: Hadkan usia Ketua Pemuda UMNO kepada 40 tahun, tekad Dr Akmal selepas menang

Semalam, Muhamad Akmal berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO untuk sesi 2023-2026 selepas selesai kiraan rasmi.

Keputusan itu menyaksikan Muhamad Akmal mengetepikan saingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Muhamad Akmal menggantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini.

Untuk rekod, Asyraf mempunyai rekod buruk ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) apabila kalah sebanyak tiga kali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This