Lima sekeluarga trauma selepas Aruz remuk dirempuh treler

Dari Penulis

LIMA sekeluarga tidak menyangka perjalanan mereka dari Melaka menuju ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kenderaan dinaiki dirempuh sebuah lori treler.

Bercerita kepada UtusanTV, Nur Asyiqin Abdul Manaf, 29, berkata, kesemua mereka kini trauma selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 439.6, Lebuhraya Utara Selatan, 1 petang kelmarin.

Katanya, mereka dalam perjalanan menghantar adik perempuannya ke UPSI.

“Ketika kejadian turut ada dalam kenderaan ibu dan dua orang anak saya,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Asyiqin berkata, ketika itu dia sedang berkongsi info keselamatan di atas jalan raya dengan adiknya, secara tiba-tiba kereta Perodua Aruz yang dinaiki dirempuh dari arah belakang.

“Kami semua terkesan dari segi mental selepas kejadian kemalangan itu.

“Saya mengalami kecederaan tisu koyak di pinggang kiri manakala anak lelaki berusia tiga tahun mengalami bengkak di kepala dan luka di tepi mata kanan dan telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh,” ceritanya.

Baca : Pemandu Almera maut kemalangan dengan Ford Everest di MRR2

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan membabitkan kemalangan itu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati Perodua Aruz yang dipandu seorang perempuan berbangsa Melayu berumur 29 tahun telah dirempuh dari belakang.

“Ketika pemandu Aruz sedang melalui tempat kejadian tiba-tiba telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori treler yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 34 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, penumpang berusia 58 tahun patah tulang rusuk, manakala pemandu berusia 29 tahun koyak tisu pada bahagian pinggang.

“Anak mangsa berusia tiga tahun, benjol di kepala, luka dan lebam tepi mata.

“Seorang lagi anak mangsa berusia lima tahun luka ringan,” katanya dan menambah adik mangsa berusia 24 tahun mengalami luka atas mata.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Rohaizam Yusop di talian 0125260952 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Gombak di talian 03- 61262222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This