Tiga penumpang Camry cedera dirempuh Ferrari Singapura

Dari Penulis

TIGA penumpang cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah Ferrari di Kilometer 144, Lebuhraya Utara-Selatan, pukul 7.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Ferrari yang dipandu seorang lelaki Singapura dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pemandu Ferrari telah melanggar belakang kereta Toyota Camry yang berada di lorong kanan.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua kenderaan terbabas ke kanan jalan.

“Pemandu Ferrari berusia 22 tahun dan pemandu Camry berusia 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Lima sekeluarga trauma selepas Aruz remuk dirempuh treler

Sementara penumpang Camry, Wee Song Chiang,54, mengalami sakit pada leher, Teo Kwei Chieh,54, luka di bibir dan Lim Yoke Eng,55, sakit di punggung.

Katanya, kes kini disiasat oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bkit Aman.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This