GPS beri jaminan pertahan Kerajaan Perpaduan, kata Asyraf Wajdi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan sepenuhnya untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan untuk kestabilan politik negara.

Itu penegasan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dikongsikan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dalam mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi memaklumkan kestabilan akan memberi manfaat ekonomi yang besar kepada rakyat.

Kongsi Asyraf Wajdi, Abang Johari berkata, apa yang penting adalah Sarawak perlu diperkuatkan.

“Jika Sarawak kuat, Persekutuan dengan sendirinya akan kuat.

“GPS juga mengucapkan tahniah kepada UMNO yang makin kukuh selepas pemilihan parti yang juga merupakan faktor penting kestabilan kerajaan,” kata Abang Johari seperti dikongsikan Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi turut memuat naik sekeping gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Abang Johari; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Baca artikel berkaitan: Konvensyen parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan – PM

Mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Menara Dato’ Onn itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri dalam sidang media selepas mesyuarat itu memaklumkan, satu konvensyen bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata konvensyen itu juga antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Diminta mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan pembahagian kerusi bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri berkata semua perbincangan berjalan lancar ketika ini.

“Perbincangan masih lagi dalam proses, berlangsung baik dan kita akan muktamadkan dalam masa singkat… kita tidak bincang mendalam (malam ini), Jawatankuasa Pilihan Raya Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan terus bincang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This