Kedah Aerotropolis belum sampai tahap mohon lesen AOL – Sanusi

Dari Penulis

PELAKSANAAN projek Kedah Aerotropolis ketika ini masih belum sampai ke tahap yang memerlukan pihak berkaitan memohon lesen aerodrome (AOL) seperti didakwa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Anthony juga dalam masa sama seakan mengubah sedikit tuduhannya terhadap negeri itu apabila mendakwa Kedah tidak tidak pernah memohon lesen aerodrome kepada kementeriannya.

Sedangkan katanya, sebelum ini Anthony mendakwa kerajaan negeri tidak pernah mengemukakan apa-apa permohonan berkaitan projek lapangan terbang itu.

“AOL iaitu lesen pengurusan ruang angkasa yang berada di bawah bidang kuasa beberapa pihak iaitu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta beberapa pihak lain hanya boleh dipohon oleh operator lapangan terbang.

“Operator lapangan terbang akan mengemukakan permohonan itu setelah lapangan terbang siap dan bersedia untuk memulakan operasi penerbangan. Pada peringkat ini AOL belum lagi diperlukan dan permohonan lesen itu tidak perlu dibuat lagi,” katanya.

Semasa menjawab soalan tambahan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) di Dewan Rakyat mengenai perkembangan Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) serta permohonan Kedah mengenai projek itu di Dewan Rakyat hari ini, Anthony mendakwa kementeriannya itu belum menerima permohonan aerodrome secara rasmi.

Berikutan itu Anthony mendakwa, soal kerajaan menolak pembangunan projek berkenaan tidak berbangkit kerana permohonan aerodrome secara rasmi belum dibuat.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, perkara itu sudah pun dijelaskan secara terperinci dalam ucapan penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 15 Mac lalu.

“Kita belum duduk lagi, takkan ‘depa’ nak suruh bersila dah. Apa yang dilaksanakan kerajaan Kedah setakat ini adalah permohonan kelulusan untuk membina lapangan terbang sebagai ‘enabler’ kepada industri hub kargo serta penyediaan perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO).

“Sekarang ini, belum sampai kepada peringkat permohonan memohon AOL yang harus dilakukan mengikut turutan proses projek,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This