Hafidz Roshdi tak kahwin dua – “Dakwaan kahwin dua tidak betul, semua fitnah belaka…,”

Dari Penulis

PELAKON Hafidz Roshdi, 29, menafikan dakwaan dia sudah berkahwin lain seperti yang dilaporkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebelum ini.

Hafidz berkata, surat terbuka yang dimuat naik isterinya di media sosial pada 11 Mac lalu yang mendakwa dirinya berkahwin kali kedua adalah fitnah.

“Saya masih ‘single dan available’. Insya-Allah jika saya bercerai ini, saya ‘single’. Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram, Nurul Shuhada mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya.

“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” katanya.

Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan dua anak mereka.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sumber: Harian Metro


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This