MRSM berbayar adalah kehendak pihak alumni – Asyraf Wajdi

Dari Penulis

CADANGAN mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dinyatakan sendiri oleh alumni institusi pendidikan itu yang mahukan model pengajian sama diberikan kepada anak-anak mereka.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan mewujudkan MRSM berbayar adalah bertujuan bagi memenuhi kehendak kumpulan yang bersedia membayar dan mahukan model pengajian sama.

“Sepanjang Penubuhan MRSM sejak 1972, sudah 51 tahun institusi ini berperanan melahirkan generasi teknokrat, cendekiawan, profesional dalam pelbagai bidang yang hebat dan menyumbang kepada kemajuan negara.

“Hari ini hampir 200,000 alumni MRSM dilahirkan dan berjaya malah kebanyakannya adalah dari kalangan M40 dan T20. Sudah tentu mereka juga mahu menghantar anak-anak mereka kerana percaya kepada sistem, orientasi, kurikulum dan model MRSM.

“Bagaimanapun, kecenderungan ini terhalang kerana keutamaan MARA adalah memfokuskan kepada B40 ,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Kerajaan teruskan SJKP bantu rakyat miliki kediaman, beli rumah tanpa deposit

Asyraf Wajdi semalam mencadangkan supaya MRSM untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi diwujudkan, setelah menerima pandangan daripada ramai pihak.

Beliau berkata, MRSM berbayar itu boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp).

Katanya, ibu bapa daripada golongan elit yang sanggup menanggung kosnya walaupun berkemampuan menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah elit swasta antarabangsa.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan penubuhan MRSM berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM terbabit.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, ketika ini pihak MARA sedang melakukan kajian kebolehlaksanaan mengenai cadangan itu termasuk melakukan kajian lapangan persepsi daripada pelbagai kumpulan taruh.

Beliau berkata, tiada dana kerajaan perlu disumbangkan dalam kos membina MRSM berkenaan sebaliknya ia boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan.

“Antaranya termasuk secara PFI (Inisiatif Kewangan Swasta) serta wakaf malah kos operasi adalah melalui yuran yang dibayar oleh ibu bapa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This