Mara tidak santuni kehendak politik meski lahir daripada UMNO

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MESKIPUN Majlis Amanah Rakyat (Mara) merupakan sebahagian daripada perjuangan UMNO namun ia sama sekali tidak akan disalahgunakan bagi memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara berperanan untuk membangunkan ekonomi Bumiputera sejak daripada merdeka dan kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha bagi merealisasikan matlamat ini.

Oleh disebabkan itu, ujarnya, tidak timbul isu diskriminasi di dalam institusi tersebut walaupun sesiapa memegang tampuk pemerintahan negara ketika ini.

“Saya orang politik apatah lagi saya dilantik sebagai Setiausaha Agung sebuah parti yang melahirkan Mara ini, sudah menjadi tanggungjawab saya jadikan Mara ini lebih berjaya.

“Ini ada bayi kepada UMNO, saya tidak akan biarkan organisasi ini gagal, jika gagal saya juga akan gagal. Ini tidak bermakna kita akan diskriminasi, siapa yang tak sokong UMNO kita buang.

“Kita membantu tanpa mengira warna parti…orang UMNO yang tak lepas keperluan minimum (memasuki MRSM), tiada keistimewaan,” katanya dalam sesi dialog dan berbuka puasa bersama rakan media, hari ini.

Baca artikel lain: MRSM masih di landasan betul, nafi dikuasai elitis dan kaya

Asyraf Wajdi menambah, malah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab menjaga Mara acap kali menegaskan tentang soal tidak menyantuni kehendak politik.

Tegasnya, apa yang penting ketika ini adalah dalam memastikan rakyat khususnya golongan Bumiputera terus diberikan perkhidmatan sebaiknya demi pembangunan kehidupan mereka.

“Dia (Ahmad Zahid) selalu cakap tiada kompromi kepada kualiti, jika keperluan minimum seperti itu jangan kita mengubahkannya lagi hanya kerana menyantuni kehendak politik dan sebagainya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This