Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) beramah mesra dengan sebahagian ketua-ketua editor selepas mengadakan sesi dialog dan berbuka puasa bersama rakan media di Premiera Hotel Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah (kanan) GAMBAR: Abd Razak Aid

CAKAP-cakap belakang yang mengatakan bahawa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kini dikuasai oleh golongan berpendapatan tinggi adalah tidak benar sama sekali.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, institusi pendidikan tersebut masih berada di landasan sebenar berhubung isu pemilihan pelajar.

Katanya, pihak Mara tidak bersifat defensif dalam isu ini sebaliknya menjawab perkara sebenar berdasarkan data dan maklumat yang sedia ada.at

“Tuntutan dan harapan masyarakat terhadap MRSM ini terlalu tinggi, tahun ini sahaja 90,000 yang memohon, tempat 3,100.

“Apa-apa pun matlamat Mara itu kita jaga sebab itu kita pastikan 60 peratus sekurang-kurangnya di kalangan B40, yang selebihnya M40 dan T20.

“Ini untuk menjawab sesetengah persepsi bahawa MRSM ini didominasi golongan elit, golongan kaya T20, apa-apa kita kena buat berasaskan data,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog dan berbuka puasa bersama rakan media, hari ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengadakan sesi dialog dan berbuka puasa bersama rakan media di Premiera Hotel Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Tular kuda belang ‘bersiar-siar’ di bandar Seoul selepas terlepas dari zoo

Mengulas mengenai MRSM berbayar, Asyraf Wajdi memberitahu, perkara tersebut masih di peringkat kajian dan belum lagi dimuktamadkan.

Namun begitu, beliau menegaskan sebelum usaha itu direalisasikan, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jelas beliau, antaranya memperbaiki kemudahan di beberapa MRSM yang ada sudah mencecah usia setengah abad.

“Jadi keutamaan sekarang mesti betul, kalau kita nak tambah MRSM baru, 55 MRSM ini kondisinya mesti pada tahap yang terbaik.

“Sebab ada yang sudah sampai 50 tahun macam MRSM Pengkalan Chepa, tapi ini semua memang berada dalam perancangan kita,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram