Dengan tagline ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’, duo pereka fesyen terkenal menerusi Rizman Ruzaini Empire berhasrat membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan bagi menampung keperluan Aidilfitri.
RR Empire ditubuhkan pada hujung tahun lalu dan diperkenalkan secara rasminya bersempena kempen koleksi RR Raya 2023.
“Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, kami mahu sama-sama membantu mereka yang berhasrat untuk buat duit raya bagi menampung keperluan Aidilfitri nanti. Kami faham, ada sesetengah golongan yang tiada pekerjaan tetap, suri rumah, pelajar dan sebagainya yang mahu cari pendapatan sampingan tapi tiada modal, masa, ilmu bisnes dan sebagainya.
“Maka, di sini kami tawarkan anda bergelar RR Icon di bawah program Rizman Ruzaini Empire untuk sama-sama membina kejayaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.

Menurut Rizman, mereka juga akan dibimbing oleh ‘coach’ profesional dan turut diberikan kelas intensif secara percuma bagi berkongsi modul terbaik untuk menjual dan mempromosikan barangan dengan cara yang efektif.
Rizman Ruzaini Empire juga mempunya sistem pemantauan jualan yang efisyen dan teratur. Dari situ, setiap RR Icon boleh melihat secara jelas profit yang mereka berjaya buat untuk satu-satu masa itu. Setakat ini, mereka sudah pun mempunyai lebih 1000 RR Icon yang berdaftar. Ada antara RR Icon tersebut yang telah membuat jualan mencecah RM2 juta!
”Banyak lagi faedah yang diperolehi oleh RR Icon apabila menjadi keluarga kami, tidak terhad kepada profit semata-mata. Sebagai contoh sekiranya anda berjaya mencapai level RR Majestic, anda berpeluang untuk ditawarkan ganjaran seperti rumah, kereta dan sebagainya. Sangat rugi jika anda melepaskan peluang keemasan ini,” tambah Rizman lagi.
Malah, Rizman juga sangat yakin dengan pengaruh yang dimiliki jenama Rizman Ruzaini ini ditambah dengan kualiti terbaik yang ditawarkan, ia mudah menawan hati pelanggan.
Rizman Ruzaini berharap kempen Raya RR ini akan menjadi platform permulaan yang baik untuk RR Icon memulakan langkah bersama keluarga Rizman Ruzaini.