Sultan Johor titah cadangan tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan

Dari Penulis

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

Baginda bertitah hal ini bagi memastikan ia lebih terbela di bawah enakmen yang tersedia.

“Kawasan Orang Asli dan sempadannya telah ditentukan oleh kerajaan negeri sejak zaman Almarhum Sultan Abu Bakar lagi.

“Di samping Enakmen Tanah Kesultanan, penguatkuasaan sedia ada juga harus dipergiatkan ke atas sebarang salah laku,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook baginda, malam tadi.

Sultan Johor bertitah langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan Orang Asli diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baca artikel lain: Syarikat korporat, individu disaran selaras bantuan Ramadan, Aidilfitri

Baginda bertitah ada dalam kalangan Orang Asli dieksploitasi bagi menceroboh tanah demi kegiatan haram seperti tanaman kelapa sawit, memotong kayu-kayan yang bernilai serta memburu binatang liar.

“Orang Asli di Johor dijaga baik oleh pihak kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk kehidupan mereka seperti jalan raya, perumahan, sekolah serta surau. Sesetengah penempatan Orang Asli turut ada kemudahan Internet.

“Namun, ada orang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas golongan ini, mengeksploitasikan mereka dalam kegiatan yang tidak sah di sisi undang-undang. Ada yang menceroboh tanah perladangan sehingga beratus ekar. Sudah pasti mereka dipergunakan oleh orang luar,” titah Baginda.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This