Arab Saudi minta lawatan PM dilanjutkan, ditolak cara baik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Arab Saudi sebenarnya telah meminta supaya lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan Arab Saudi.

Bagaimanapun, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi menjelaskan, pelawaan itu terpaksa ditolak secara baik kerana Anwar telah dijadualkan ke majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, semalam.

Pada masa sama, Farhan berkata, Perdana Menteri juga akan melakukan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Kemboja, esok seterusnya ke Hainan dan Beijing, China, Rabu ini untuk bertemu Presiden, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang.

“Saya mengambil maklum terhadap suara-suara daripada beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini tatkala saya turut bersama dalam delegasi bersama Perdana Menteri ke sana.

Baca artikel berkaitan: Isu lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang tunjuk sikap dendam politik

“Saya menggesa kepada pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu untuk menghentikan polemik ini dan bersama mendukung usaha serta upaya Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh imej Malaysia selain memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, lawatan Perdana Menteri itu bukan sahaja disifatkan sangat berhasil malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski pun dalam tempoh singkat Anwar di tampuk pemerintahan.

Katanya, jadual Perdana Menteri di Arab Saudi sangat padat dan tersusun dengan pelbagai program.

“Beliau mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.

“Selain itu, beliau juga menyaksikan beberapa pemeteraian memorandum kerjasama (MoU) penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri selain menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia arab dan Islam serta menyantuni komuniti dan mahasiswa Malaysia di Arab Saudi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This