Polis cari penunggang motosikal WC 7152 R babit kemalangan maut dekat SKVE

Dari Penulis

POLIS mengesan seorang penunggang motosikal yang menjadi saksi utama dalam kemalangan maut di Kilometer 1.9, Lebuhraya Lembah Klang Selatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan pada pukul 4.30 petang itu berlaku semasa ketiga-tiga kenderaan dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kajang.

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 telah bergesel dengan saksi sebelum melanggar belakang kereta Perodua Bezza.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua penunggang motosikal telah terjatuh di atas jalan raya.

“Saksi kemudian terus bangun dan meninggalkan tempat kejadian sementara mangsa masih terbaring di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Dua remaja 14 tahun tercampak atas jalan selepas langgar kereta polis

Jelasnya, mangsa berusia 46 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat.

Wan Kamarul Azran berkata, saksi yang menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran WC 7152 R diminta hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat kemalangan terbabit juga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noor Faizah di talian 0138024605.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This