Polis buru suami isteri joli sakan RM46,000 kad ATM milik pesara

Dari Penulis

POLIS kini memburu sepasang suami isteri yang bertindak mengguna kad mesin teler automatik (ATM) milik seorang pesara sebanyak RM46,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa berusia 62 tahun kelmarin.

Beliau berkata, dalam kejadian hari Sabtu pukul 10 pagi, kad ATM mangsa telah tersangkut semasa mangsa cuba mengeluarkan wang di sebuah bank dekat Banting.

“Seorang lelaki tidak dikenali yang kebetulan berada di lokasi telah berjaya membantu mangsa mengeluarkan kad.

“Kad tersebut kemudian diserahkan kembali dan mangsa tidak mengesyaki sebarang masalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis cari penunggang motosikal WC 7152 R babit kemalangan maut dekat SKVE

Jelasnya, mangsa kemudian datang kembali ke bank pada pukul 9.30 pagi kelmarin untuk mengeluarkan wang tetapi tidak berjaya.

Mangsa telah merujuk masalah tersebut di kaunter bank dan dapati kad tersebut bukan miliknya.

“Semakan mendapati terdapat beberapa transaksi dan pembelian dilakukan atas kad mangsa,” ujarnya.

Ahamd Ridhwan berkata, rakaman kamera litar tertutup di sebuah premis kedai jual telefon di Kapar, Klang mendapati sepasang suami isteri berusia 30-an telah membuat pembelian telefon jenis iPhone 13 bernilai RM3,700 dengan menggunakan kad mangsa.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This