Episod 9 : Bubur Daging Daun Kesum Terlajak Sedap Rahsia Resipi Chef Kamarul

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Sedar tak sedar sudah seminggu lebih kita berpuasa. Ada yang dah mula hanya makan, hidangan ringkas untuk berbuka mahupun bersahur. Tidak seawal puasa, hidangan yang berat-berat dihidangkan terutamanya bila berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Bagi mereka yang sedang mencari juadah berbuka atau pun bersahur yang ringkas, menu bubur daging daun kesum sangat sesuai. Resipi Chef Kamarul, yang sangat mudah dan sempoi ini, sangat sedap dan mudah dimasak. Selamat mencuba.

BUBUR DAGING DAUN KESUM
BAHAN

3 cawan nasi putih
200 gm daging cincang
3 ulas bawang merah – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
2 cm halia – hiris
2 batang serai – titik
3 cawan air
1 cawan santan
2 tangkai daun kesum
3 sudu besar minyak masak
300 ml air
Garam dan lada putih
BAHAN SAMPINGAN
2 tangkai daun bawang
2 sudu besar bawang goreng
½ cawan ikan bilis goreng
½ cawan lobak asin
½ cawan kacang tanah goreng

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan daging cincang dan masak sehingga daging sedikit kering
  3. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan nasi ke dalam pengisar, tuangkan air dan kisar sehingga halus.
  5. Tuangkan semula ke dalam periuk. Masukkan santan dan sedikit air jika
    terlalu pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan lada putih. Masukkan daun kesum. Kacau perlahan-lahan
    sehingga mendidih, Setelah masak, hidangkan bersama bahan-bahan sampingan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This