Episod 8 : Sambal Daging Hitam Confirm Sedap Dari Dapur Chef Sabri

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Masak apa ya hari ini? Apa kata  kita try masak, sambal daging hitam resipi Chef Sabri ini. Bahannya pun tidak renyah, dan senang dimasak. Yang seronoknya, banyak tip dan ilmu masakan yang dikongsi. Ini membuatkan kita bersemangat nak memasak buat yang tersayang. Hidangkan sambal daging hitam. Tentu syok dan yang pasti confirm sedap!

DAGING SAMBAL HITAM
BAHAN

200 gm daging
30 gm bawang merah – kisar
50 gm pes cili
20 gm bawang goreng
1 sudu besar kicap pekat
8 sudu besar kicap manis
8 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Daging direbus sehingga empuk. Hiris nipis dan kemudian ditumbuk nipis.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis seketika.
  4. Kemudian masukkan daging, kicap manis dan kicap pekat. Gaulkan rata.
  5. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam, sebatikan rasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This