Semestinya ramai yang tidak melepaskan peluang melakukan kebaikan dan ibadah bersedekah serta berkongsi rezeki buat mereka diluar sana.
Pasangan merpati dua sejoli Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga turut tidak ketinggalan berkongsi rezeki kepada orang ramai.
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok @w4wazainal, pasangan itu mengatakan bahawa mereka menyediakan air balang pelbagai perisa secara percuma kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan.
Melalui video tersebut, dapat dilihat Aeril dan Wawa sedang sibuk mengacau dan membancuh air balang yang dicampur bersama aiskrim sambil memanggil orang yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk mendapatkan minuman berkenaan.
Difahamkan, air balang tersebut disediakan dan diagihkan pada setiap hari isnin hingga jumaat bermula pada jam 4:30 petang di ibu pejabat syarikat kosmetik yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji tindakan murni Aeril dan Wawa itu serta mendoakan pasangan itu sentiasa dimurahkan rezeki, ada juga yang mengecam dan mengkritik.

