JDT, Terengganu berpesta gol – masing-masing tewaskan lawan 5-0

Dari Penulis

SEPERTI diduga, Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada masalah untuk terus mendahului Liga Super musim ini selepas mereka berpesta gol menewaskan Perak 5-0 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Perak walaupun bermula garang dengan serangan di awal permainan, bagaimanapun tersentak dengan jaringan sendiri oleh pemainnya Hasnul Zaim Zafni yang terkuis bola hantaran lintang ke dalam gol pasukannya pada minit kelima.

Walaupun tidak kelihatan menunjukkan permainan terbaik mereka malam ini, JDT terus mendominasi permainan dengan menambah dua lagi jaringan menerusi Leandro Valzquez yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25 dan jaringan Diogo Luis Santos minit ke-45.

Bersambung babak kedua, penyerang dari Brazil, Bergson da Silva pula berjaya meledak gol keempat pasukan itu pada minit ke-66 selepas mendapat hantara daripada Arif Aiman sebelum Velazquez merakam gol kedua peribadi menerusi sepakan percuma terus ke gol pada lewat permainan.

JDT akan melayan kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad ini manakala Perak akan berkunjung ke ibu kota bagi pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC pada Isnin.

BERITA BERKAITAN Safee Sali kecewa penyerang tempatan kurang mendapat tempat dalam Liga Super

Sementara itu, Terengganu kembali menemui rentak sebagai antara pasukan pilihan ,musim ini selepas membenamkan musuh tradisi Kelantan FC 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Skuad Penyu yang menyenaraikan tiga penyerang, Ivan Mamut, Adisak Kraisorn dan Jordan Mintah bermula garang dengan percubaan pertama pada minit kelima menerusi Adisak, namun digagalkan pertahanan pelawat.

Percubaan ketiga tuan rumah menerusi penyerang kelahiran Ghana, Mintah pada minit ke-15 selepas mendapat umpanan daripada Syafik Ismail membuahkan hasil apabila rembatan deras dari luar kotak penalti menerjah jaring pelawat untuk pasukannya mendahului 1-0.

Enam minit berselang, Adisak tidak melepaskan peluang untuk mencetak namanya sebagai penjaring apabila rembatan leretnya juga dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol pelawat.

Berbekalkan sokongan padu lebih 5,000 peminat setia, tuan rumah berjaya menambah jaringan ketiga menerusi sepakan penalti Mamut pada minit ke-66 selepas dia dijatuhkan pertahanan pelawat, Muhammad Afiq Azuan.

Jaringan Mamut itu adalah gol sulungnya pada musim ini selepas bergelut untuk membuka ‘akaun’ gol pertamanya selepas enam perlawanan sebelum ini.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-90, Mamut menambah jaringan keempat pasukannya hasil hantaran Hakimi Abdullah sebelum Hakimi menambah derita pelawat selepas meledak jaringan kelima pada masa kecederaan untuk keputusan muktamad 5-0 memihak kepada TFC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This