SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.40 malam.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku sewaktu pemandu lori berusia 37 tahun sedang berhenti untuk membelok masuk ke simpang kanan bagi menuju ke stesen pam minyak.
“Semasa pemandu lori masuk ke simpang kanan, tiba-tiba datang mangsa dari arah Shah Alam yang tidak sempat mengelak lalu melanggar tepi lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa seorang lelaki berusia 23 tahun terjatuh di atas jalan dan tidak sedarkan diri.
“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik bertugas dan mayat dibawa ke Hospital Shah Alam bagi bedah siasat,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

