SEORANG lelaki bersenjata dan empat yang lain terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah bank di bandar Louisville di negeri Kentucky Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menurut polis.
Lapan orang turut cedera termasuk dua pegawai polis. Seorang daripada pegawai polis itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, lapor Agensi Berita Jermam (dpa).
Baca artikel lain: Hanya 40 peratus pasport diguna untuk tujuan perjalanan pada pasca pandemik
Timbalan ketua polis Louisville Paul Humphrey berkata polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan kecemasan. Dua pegawai polis itu cedera ketika berbalas tembakan dengan penyerang.
Humphrey berkata setakat ini belum jelas sama ada penyerang ditembak oleh polis atau membunuh diri. Menurut siasatan awal, suspek merupakan kakitangan bank itu atau pernah bekerja di bank berkenaan.
— BERNAMA-dpa
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

