SEORANG pemandu kereta bersama penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Connaught, Cheras, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.36 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah bas pekerja berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Proton X50 di lokasi kejadian.
“Kemudian datang sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo dan melanggar belakang Proton X50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, anggota bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan pemandu Proton X50 yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Pemandu mengalami kecederaan di kepala serta dada manakala penunggang motosikal cedera di kaki kanan.
“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak kementerian kesihatan bagi rawatan lanjut,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

