3 murid perempuan parah, van sekolah diseret sejauh 19 meter

Dari Penulis

TIGA murid perempuan cedera parah dalam kemalangan lima buah kenderaan di simpang tiga berhadapan Ibu Pejabat Daerah Gua Musang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Kia Spectra yang bertindak keluar dari simpang untuk membelok ke kanan.

Beliau berkata, sebuah lori treler bermuatan balak yang datang dari arah kanan jalan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah Perodua Myvi, van Nissan Urban dan Honda Civic.

“Ekoran kemalangan itu, van yang dinaiki oleh seorang pemandu dan 15 murid sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun diseret sejauh 19 meter sebelum terbalik.

“Seorang murid berusia tujuh tahun patah tulang gagah kanan manakala seorang murid berusia lapan tahun mengalami kecederaan darah beku di dahi dan seorang murid berusia 10 tahun terkehel tulang paha kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan kesemua dibawa ke Hospital Gua Musang bagi menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This