Kematian Mohammad Ibrahim al-Hasham, 21, hanya diumumkan polis rejim beberapa jam selepas serbuan itu.

PASUKAN keselamatan rejim Zionis bukan sahaja menembak seorang pemuda Palestin di kepala malah membiarkan lelaki itu tanpa sebarang bantuan sehingga ajal menjemputnya dalam kejadian di bandar Kafr Aqab, utara Baitulmuqaddis hari ini.

Kematian Mohammad Ibrahim al-Hasham, 21, hanya diumumkan polis rejim beberapa jam selepas serbuan itu.

Agensi berita Palestin, WAFA melaporkan, Hasham meninggal dunia akibat luka tembakan selepas polis menceroboh kediamannya kira-kira pukul 3 pagi.

Menurut bapa mangsa Ibrahim, pasukan tentera khas rejim memecah masuk rumah mereka selepas pukul 3 pagi dan terus menembak anaknya semasa dia keluar dari bilik untuk melihat kekecohan yang berlaku.

Katanya, dia terus berlari ke biliknya ketika anaknya ditembak pada bahagian kepala dari jarak dekat.

“Tentera membiarkan anak saya berdarah selama 40 minit sebelum membawanya pergi.

“Kami tidak tahu ke mana mereka membawa Hasham dan keadaannya selepas itu,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Hussein al-Sheikh dalam pada itu menggesa siasata antarabangsa dibuat berikutan pembunuhan Shamam.

Sementara itu, polis Israel kemudian menyatakan Shaham telah meninggal dunia akibat luka dialaminya.

Tambahnya, rakyat Palestin itu cuba menyerang seorang pegawainya sebelum dia ditembak.