TURKIYE pada Rabu menolak “dakwaan tidak berasas” mengenai kesihatan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
“Kami menolak dakwaan tidak berasas berkenaan kesihatan Presiden @RTErdogan. Presiden akan menghadiri pembukaan loji tenaga nuklear esok melalui persidangan video,” menurut Anadolu Agency, memetik ciapan Twitter Pengarah Komunikasi negara itu Fahrettin Altun.
“Tiada siapa yang boleh mempertikaikan hakikat bahawa rakyat Turkiye berdiri bersama pemimpin mereka dan @RTErdogan dan Parti AK (Keadilan dan Pembangunan) beliau bersedia untuk memenangi pilihan raya 14 Mei,” tambah Altun.
Pusat direktorat untuk memerangi maklumat salah juga berkata dakwaan yang dikongsi di beberapa akaun media sosial bahawa Presiden Erdogan “mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke hospital” tidak benar.
— BERNAMA-ANADOLU
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

