Anwar terima anugerah ‘Order of the Republic’ dari Turkiye

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pengiktirafan melalui penganugerahan ‘Order of the Republic’ yang disampaikan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Anwar menerusi hantaran di media sosial menjelaskan, anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala di antara Malaysia dan Turkiye.

“Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.

“Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat.

Baca artikel lain: Bekas PTD direman 7 hari

“Saya berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Menerusi hantaran berlainan, Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia diraikan oleh Erdogan dan isteri, Emine Erdogan dalam majlis makan malam rasmi yang berlangsung dengan penuh keindahan dan kehangatan persahabatan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya zahirkan kepada Presiden Erdoğan dan keluarga serta teman-teman di Ankara atas layanan yang cukup luar biasa, penuh keikhlasan dan persaudaraan.

“Saya mendoakan agar Presiden Erdoğan, Emine dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin Turkiye,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This