SEORANG kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 kuarters polis di USJ 8, Subang Jaya, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 11.35 pagi.
Beliau berkata, mangsa berusia empat tahun tujuh bulan dan anak pertama daripada dua beradik.
“Ibu bapa mangsa merupakan anggota polis yang tinggal di kuaters tersebut.
“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di dapur sementara anak-anaknya bermain di ruang tamu.
“Ibu mangsa kemudian terdengar bunyi pintu bilik tengah tertutup dengan kuat sebelum cuba membuka pintu dari luar namun gagal kerana terkunci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, ibu mangsa telah mendengar suara mangsa meminta tolong sebelum pergi ke bilik bersebelahan lalu melihat dari luar tingkap dan mendapati anaknya telah terjatuh ke bawah.
Wan Azlan berkata, pihak forensik dan pegawai kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan di bawah mati mengejut,” ujarnya.
Jelasnya, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

