POLIS menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan selepas seorang pesakit didapati mengalami luka akibat kesan tembakan di kaki kanan ketika menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia pada pukul 9.23 pagi.
Beliau berkata, pegawai perubatan memaklumkan telah menerima seorang pesakit berbangsa Melayu berusia 27 tahun, dari Bachok.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah telah menahan tiga lelaki di Balai Polis Gunong, Bachok pada pukul 1.20 petang hingga 2 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan awal mendapati dua suspek telah datang ke kawasan tali air di Kampung Tepus, Gunong Bachok untuk bermain judi.
Sementara seorang lagi suspek datang bersama tiga rakan sejenayah yang masih bebas untuk menyamun perniagaan mangsa dan perjudian.
“Semakan mendapati mangsa dan kesemua suspek berusia 23 hingga 28 tahun itu mengenali antara satu sama lain dan mempunyai rekod lampau narkotik serta jenayah.
“Saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif methamphetamine,” ujarnya.
Muhamad Zaki berkata, tangkapan pertama telah cuba mengelirukan polis dengan membuat laporan palsu tetapi telah disedari anggotanya.
“Kesemua tangkapan akan direman pada hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api,” katanya.
Tambahnya, tiga lagi suspek yang masih bebas kini giat dikesan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

