Empat maut, 28 cedera dalam kejadian tembakan sambutan hari lahir ‘Sweet16’

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya empat individu maut manakala 28 lagi cedera dalam kejadian tembakan ketika sambutan hari lahir “Sweet16” di sebuah studio tarian dekat Dadeville, Alabama.

Menurut Polis Dadeville, tembakan bermula selepas pukul 10.34 malam waktu tempatan pada Sabtu.

Motif kejadian tembakan terbabit masih belum diketahui dan tiada lagi maklumat sama ada penyerang sudah dibunuh atau ditahan.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Alabama, Sarjan Jeremy Burkett, pihaknya akan memastikan keluarga mangsa yang terlibat menerima keadilan yang sepatutnya.

Burkett berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi dan masih mengumpul maklumat mengenai kejadian tembakan itu.

“Empat nyawa terkorban secara tragis dalam insiden itu dan ramai mengalami kecederaan.

“Sementara 28 individu cedera dan sebahagiannya kritikal. Penduduk setempat diminta menyalurkan maklumat berkaitan serangan tersebut,” ujarnya.

Menurut laporan CNN, salah seorang daripada mangsa yang terbunuh, Philstavious Dowdell adalah pemain bola sepak yang menghadiri majlis hari lahir adiknya.

Difahamkan, Dowdell akan menamatkan pengajian di sekolah menengah pada bulan hadapan dan memperoleh biasiswa untuk bermain bola sepak di Universiti Jacksonville di Jacksonville, Alabama.

Menurut jurucakap Hospital Heidi Smith, enam mangsa yang dirawat telah dibenarkan keluar dan sembilan lagi dipindahkan ke pusat perubatan yang lain.

Sementara lima mangsa masih dalam keadaan kritikal dan empat lagi dalam keadaan stabil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This