ANAK bongsu kepada pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira seringkali menjadi sorotan ramai dek rupa parasnya yang comel dan cantik seperti ibunya.
Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, netizen memperkatakan tentang sepasang mata yang dimiliki Aisha yang amat mempesonakan selain dikurniakan kulit putih gebu.
Kanak-kanak berusia empat tahun itu sentiasa menjadi perhatian malah ada pengikut di media sosial Fasha dan Aidil turut ternanti-nantikan hantaran terkini daripada Aisha.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya kagum dengan kecantikan Aisha dan ada juga yang menyatakan wajahnya seperti Sumayyah, anak kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana.
“Comelnya ciptaan Allah, alhamdulillah.
“Allahu. Cantiknya macam mak dia.
“Mak pak segak, anak keluar jadi patung.
“Iras anak perempuan Puteri Sarah.
“Campur muka Fasha dan Aidil. Memang cantik dan lembut,” tulis beberapa netizen.
Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha memiliki dua anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemaima yang kini berusia lapan tahun.

