SEORANG lelaki ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 15 sebuah apartmen dekat Seksyen 22 Shah Alam, petang tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.49 petang.
Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 19 minit kemudian dan mendapati seorang lelaki Cina berusia 46 tahun cedera parah di lantai sebuah rumah dekat tingkat enam.
“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan pengusung dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

