Kesal tiada tindakan lanjutan, Onn Hafiz arahkan JKR baiki jalan dengan segera

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk segera membaik pulih kerosakan jalan raya di sekitar Pasir Gudang dan Senai.

Beliau turut menzahirkan perasaan kesal apabila kerosakan jalan raya di kawasan tersebut masih tidak dibaik pulih meskipun telah melakukan lawatan di situ sebelum ini.

“Dukacita melihat keadaan jalan-jalan di sekitar Pasir Gudang dan Senai yang tidak banyak berlaku perubahan sejak lawatan saya yang lalu. 

“Lantaran itu, saya telah meminta pihak JKR dan syarikat yang terbabit mengambil tindakan dan penyelesaian segera,” katanya.

Baca juga: Johor terima aduan eksploitasi Orang Asli – Onn Hafiz

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, beliau telah mengarahkan JKR untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di  sekitar Pasir Gudang dan Senai menghala ke Johor Bahru dengan kadar segera. 

Katanya, pembinaan Jalan Penghubung Jalan Cempedak 2, Taman Kota Masai ke Jalan Nikel, Zon 12C, Pasir Gudang juga akan dimulakan pada Jun ini.

“Usaha untuk naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong fasa 2B dari persimpangan Bandar Seri Alam / Taman Rinting ke Pasir Gudang juga akan dilakukan segera,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This