PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di negara ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, Hari Wesak merupakan hari besar buat penganut Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting melalui satu perayaan (Trisuci Wesak).
Menurut beliau, perayaan itu bertujuan memperingati lahirnya pendiri ajaran Buddha iaitu Pangeran Siddharta Gautama dan setelah itu mencapai Penerangan Agung pada usia 35 tahun seterusnya meninggal dunia pada umur 80 tahun.
“Penganut Buddha percaya bahawa untuk mencapai kebahagiaan tingkat tinggi atau Nirvana adalah dengan melawan dan membenam sikap keserakahan, kebencian dan kejahatan.
“Inilah falsafah yang sangat universal yang boleh diteladani dengan cermat.
Baca artikel berkaitan: PM luang masa melawat Kejohanan Tembak RMP Championship 2023 Level III
“Sengaja saya singkap falsafah Hari Wesak sebagai usaha dan upaya memupuk kasih sayang, kemuliaan insan, prinsip hidup berdamping, hormat menghormati dan hidup dalam keadaan aman dan berukun,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia dikurniakan dengan pelbagai perayaan dan budaya.
Sehubungan itu, beliau berkata, ia sepatutnya memberi keinsafan untuk terus membawa mesej kasih sayang dan keamanan bersama persefahaman yang utuh.
“Ia sebagai jalan menghindari kebinasaan dan kepunahan tata hidup masyarakat majmuk di negara ini.
“Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

