Tunggakan gaji & langgar perjanjian, Song Ji Hyo saman syarikat pengurusan

Dari Penulis

GARA-gara gagal melunaskan bayaran gaji, pelakon Song Ji Hyo bertindak memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya.

Dikhabarkan Ji Hyo atau Cheon Soo-yeon,42, itu memfailkan saman kepada syarikat Uzorocks selepas mengingkari perjanjian seperti yang sudah dipersetujui bersama sebelum ini.

Menerusi wakil kepada pelakon Princess Hours itu, pihaknya melakukan tindakan undang-undang kerana tidak lagi yakin dan hilang kepercayaan dengan syarikat tersebut.

“Pihak Uzorocks sudah beberapa kali melepasi tarikh perjanjian dalam soal pembayaran gaji.

“Song Ji Hyo tidak boleh menunggu lagi dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas kepercayaannya dikhianati,” katanya.

Bayaran tersebut termasuklah beberapa program televisyen yang disertai peserta Running Man sebelum ini.

Syarikat terbabit difahamkan berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan bayaran kepada artis di bawah pengurusannya tertunggak termasuklah gaji pekerja.

Ji Hyo tidak lagi berada di bawah pengurusan Uzorocks selepas dia menghantar notis kepada syarikat terbabit pada 14 April lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This