SEORANG lelaki maut digilis komuter selepas baring atas landasan kereta api dekat Seputeh Kuala Lumpur, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 1.08 petang.
Siasatan awal polis mendapati mangsa telah bertindak baring di atas landasan kereta api sebelum dirempuh sebuah komuter yang menghala dari stesen Salak Selatan ke Seputeh.
“Mangsa merupakan seorang lelaki dengan bangsa tidak pasti, berambut pendek, berbaju dan seluar berwarna hitam.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi polis Brickfields di talian 03-22979222 bagi membantu pengecaman mayat ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

