PMO sah pecat bekas pengarah media dan komunikasi strategik

Dari Penulis

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) mengesahkan pemecatan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman apabila mengeluarkan kenyataan merakamkan penghargaan dan terima kasih sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Menerusi kenyataan hari ini, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik memaklumkan pihaknya akan terus komited memastikan agenda Malaysia MADANI serta penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa.

Semalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah dipecat dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi.

Difahamkan, perkara itu berpunca akibat krisis komunikasi dihadapi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dalam mengendalikan kempen Malaysia Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, masalah antara PMO dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila susulan hala tuju berbeza yang sekali gus menyebabkan imej kerajaan ketika ini kian lemah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This