KKM sahkan dua produk mi segera selamat dimakan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa dua produk mi segera yang dikesan mengandungi ethylene oxide selamat dimakan.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua produk tersebut iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Special jenama Indomie mematuhi perundangan yang ditetapkan.

Jelas beliau, keputusan itu adalah berdasarkan analisa makmal yang telah dijalankan ke atas sampel kedua-dua produk tersebut.

“Bagi makanan yang diimport, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko. 

“Bagi pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu. 

“Hanya produk makanan yang mematuhi standard sahaja yang dilepaskan untuk di pasaran Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Satu kes kematian akibat strok haba, KKM nasihat langkah pencegahan

Mengulas lanjut, Muhammad Radzi berkata, bagi tempoh 2022 hingga April 2023, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL telah dijalankan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 37 (11.67 %) merupakan pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide.

Menurut beliau, bagi mana-mana produk yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, KKM bekerjasama dengan syarikat yang terbabit untuk memastikan semua produk yang terlibat ditarik balik daripada pasaran. 

Muhammad Radzi berkata, KKM menegaskan bahawa produk yang berada di pasaran tempatan telah melalui prosedur yang ditetapkan dan adalah selamat.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. 

“Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This