TINDAKAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang atau terus mencabar bekas-bekas pemimpin dan pembesar negara akan membawa kesan negatif kepadanya sendiri
Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rakyat akan melupakan segala usaha baik Anwar membantu rakyat, terutama orang Melayu jika beliau terus mencabar bekas pembesar negara.
Khairy berkata, kenyataan Anwar itu hanya akan mengundang reaksi negatif sekali gus menenggelamkan segala usaha sedang beliau laksanakan.
“Bagi saya beliau ada kemahuan untuk ‘tenyeh’ pemimpin dan pembesar berkenaan tetapi saya rasa beliau kena kawal.
“Kalau tidak, semua benda bagus yang beliau lakukan seperti bantu maahad tahfiz, peruntukan SME, Bumiputera dan sebagainya semua itu akan tenggelam,” katanya dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan.
BERITA BERKAITAN Isham bidas kenyataan Khairy berhubung isu surat tular RoS
Anwar pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri Sabtu lalu, menyelar bekas pemimpin dan taikun Melayu yang kononnya membela nasib orang Melayu sebaliknya memperkayakan diri sendiri dan keluarga mereka.
Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mencabar bekas pemimpin itu untuk menyumbang sebahagian harta jika mereka benar-benar mahu membantu orang Melayu.
Menurut bekas Ahli Parlimen Rembau itu, kenyataan Anwar juga dilihat sebagai tidak matang dan tidak sesuai diucapkan oleh seorang perdana menteri.
“Bagi saya bukan sahaja dari segi strategi komunikasi beliau (Anwar) gagal, sebab orang akan nampak dan mempersoalkan: Kamu ini dah jadi perdana menteri kenapa nak cabar orang macam itu?
“Anwar sepatutnya bukan mencabar tetapi sebalik bertindak selari dengan statusnya iaitu dengan mengikut polisi dan prosedur siasatan jika beliau berpendapat ada keperluan untuk menyiasat individu yang disyaki terlibat penyelewengan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

