PESERTA usahawan mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dijangka bebas kemiskinan dalam tempoh dua tahun.
Program tersebut berada di bawah komponen Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, berkata sasaran itu termasuk menambah pendapatan peserta sehingga RM2,000 sebulan.
“Kita berharap setelah mereka berjaya meraih RM2,000 sebulan mereka beralih kepada modal perniagaan lain seperti membuka warung sendiri dan memberi peluang kepada pemohon lain menjana pendapatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan mesin layan diri IPR di lobi stesen KL Sentral, hari ini.
Rafizi berkata, peserta diberikan kemudahan sewa percuma selama dua tahun untuk mereka memasarkan produk makanan siap masak kepada pelanggan.
Baca artikel lain: 200 pegawai, anggota JBPM bersiap sedia sepanjang LIMA’23
Ditanya langkah kerajaan jika lokasi mesin layan diri didapati tidak mencapai sasaran jualan, Rafizi berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti jualan dan trafik pelanggan di setiap lokasi.
“Kelebihan program ini ialah kita bukan sahaja memberi kemudahan, malah kerajaan turut mendidik usahawan mengkaji pergerakan pelanggan dan membuat jangkaan bila mereka perlu menambah dan mengurangkan produk jualan,” katanya.
Beliau berkata, dengan cara ini secara tidak langsung usahawan dapat mempelajari aspek lain dalam perniagaan.
“Aset ini milik kerajaan, tanggungjawab kerajaan menyediakan segala keperluan. Mereka (usahawan) hanya perlu menyediakan modal pusingan untuk produk makanan dimasak,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

