SEORANG pemandu wanita yang diserang sawan cedera selepas melanggar tujuh buah kenderaan dan seorang penjalan kaki di Jalan Permata 4, Pekan Nenas, Pontian pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.55 pagi.
Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 7.10 pagi ketika seorang wanita berusia 25 tahun sedang memandu kereta dari Pekan Nenas ke kediamannya.
“Pemandu terbabit bagaimanapun gagal mengawal pemanduannya lalu melanggar kenderaan di kiri dan kanan jalan di lokasi kejadian.
“Seorang pejalan kaki yang berada di tepi jalan turut dilanggar dan mengalami cedera di leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemandu terbabit dipercayai diserang sawan dan mengalami cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Pontian bagi menerima rawatan.
Sementara pemandu dan penunggang motosikal yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

