Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. GAMBAR: Abd Razak Aid

SATU pertemuan akan dijalankan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagi menjelaskan mengenai laporan salah laku membabitkan kakitangan kementerian itu dan agensinya yang tidak diendahkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagaimanapun tidak mendedahkan bila pertemuan bakal berjalan dan ianya mungkin dalam masa terdekat.

Jelasnya, beliau bersedia memberi penjelasan berkenaan perkara terbabit secara terperinci kepada menteri berkenaan.

“Saya akan berjumpa dengan menteri berkenaan, temu janji akan dibuat dalam tempoh terdekat ini. Saya bersedia untuk menjelaskan perkara-perkara itu secara terperinci isu tentang laporan yang tidak diambil tindakan itu

“Laporan itu adalah berhubung cadangan SPRM berkaitan salah laku pegawai kerajaan sesuatu jabatan atau kementerian.

“Jadi yang saya keluarkan itu lebih 500 (laporan) statistik adalah sepanjang tahun-tahun sebelumnya, bila laporan itu tidak diambil tindakan dengan serius oleh kebanyakan jabatan.

Baca artikel lain: Najib masih di wad, perbicaraan 1MDB ditangguh

“Itu yang saya tegur. Jadi Kementerian Pengangkutan adalah di antara yang terbabit, jadi saya bersedia berjumpa menteri berkenaan untuk menjelaskan isu itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan pendedahan Azam, bahawa ada antara agensi kerajaan tidak mengendahkan laporan salah laku membabitkan kakitangan masing-masing walaupun suruhanjaya itu mengesyorkan supaya tindakan diambil.

Malah, katanya lebih 500 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu masih belum diambil tindakan oleh ketua jabatan termasuk membabitkan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan SPRM masih menunggu tindakan susulan daripada agensi kerajaan berkenaan.

Susulan itu, Loke memaklumkan akan bertemu SPRM bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan salah laku kakitangan agensi di bawah kementeriannya yang tidak diendahkan.

Loke berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara terbabit dan memandang serius apa yang didedahkan Azam itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare